Assalamualaikum

Datangnya saya membawa harapan, Pulangnya saya membawa kejayaan...Insyaallah...

Tuesday, September 21, 2010

Teknologi Pendidikan terhadap guru PIPAQ/PIBA

Assalamualaikum Warahmatullah....

Seperti yang kita ketahui, teknologi masa kini kian canggih berbanding pada masa dahulu..Pada dahulunya seorang guru menggunakan buku teks dan kapur papan tulis untuk mengajar matapelajaran yang diajar..Sekarang,pelbagai cara moden berteknologi boleh digunakan dalam P&P..Kita boleh lihat diluar sana masyarakat sekarang lebih senang menguruskan pekerjaannya dengan adanya teknologi terkini..Guru PIPAQ/PIBA sepatutnya tidak ketinggalan zaman tentang hal ini..Jangan biarkan sistem P&P anda dalam kekunuan..Perlu lah guru PIBA/PIPAQ berusaha mempelajari teknologi sekarang agar tidak ketinggalan zaman yang serba moden ini..Permasalahan sekarang boleh dilihat daripada guru PIPAQ/PIBA terhadap penggunaan teknologi sekarang,antaranya:

1) Guru menganggap susahnya diaplikasikan subjek PI dalam teknologi
2) Guru juga masih mempunyai perasaan malu untuk menggunakan teknologi dalam P&P kerana guru yang sebelumnya masih menggunakan cara yang lama
3) Guru merasakan P&P yang berteknologi ini sungguh memenatkan dan memberi beban yang lebih dalam menyediakan isi untuk diajar
4) Guru terpaksa mengeluarkan kewangan yang banyak dalam mengusahakan bahan berteknologi
5) Kurang mahirnya terhadap teknologi

Apakah saranan sahabat2 dalam menangani masalah ini? Adakah sahabat2 inginkan ia nya ketinggalan zaman? Adakah kita ingin diucap guru yang tidak tahu tentang teknologi? Bincangkan...... Terima Kasih..

2 comments:

pemilk sawah padi said...

Assalamualaikum, pembuka bicara…

Pada pendapat saya, apa yang boleh dilakukan ialah
1.Pihak kementerian perlu menggalakkan guru-guru PIPAQ dalam menggunakan teknologi

2.Subjek teknologi pendidikan perlu diajar kepada bakal-bakal guru di universiti dan IPG

3.Bantuan dan kemudahan ICT perlu dibekalkan kepada sekolah yang masih lagi tidak mempunyai bahan tersebut

4.Pemantauan terhadap P&P guru PIPAQ

5.Mewajibkan guru menghadiri kursus kemahiran ICT dalam pendidikan

Sekian,

Terima kasih anak buaya,
Sekian saja dari saya

MOHAMAD AKMAL AMALI BIN JAMALUDDIN
A 126874

syukriah kiki said...

terima kasih atas pendapat sahabat...:) insyaallah akan d usahakan..