Assalamualaikum

Datangnya saya membawa harapan, Pulangnya saya membawa kejayaan...Insyaallah...

Thursday, October 28, 2010

Bercinta dengan manusia biasa..

Bercintalah dengan Manusia Biasa... - Ambil jadi pengajaran...
>
> Email ini dipetik drpd seorang sahabat, dan saya forwardkan utk manfaat kpd
> diri saya dan semua.
>
>
> Assalamualaikum. .. Semoga bermanfaat.. .... baik utk yang melamar ataupun
> yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......
>
> Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang
> mengemudi bahtera rumah tangga..
> Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......
>
> Kerana Dia Manusia Biasa ...
>
> Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan
> pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
> Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah
> hinggalah jawapan duniawi.
>
> Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat
> ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah
> seorang
> teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.
>
> Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah.
> Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
> Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti
> ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal
> yang pasti,
> Dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.
>
> Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.
> Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius.
> Mereka
> Berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi
> kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.
>
> Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.
>
> Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa
> majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
> Sebenarnya.. !!!
>
> Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada
> apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh
> memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk
> ketika itu (benar-benar sibuk).
>
> Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan.
> Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang
> beberapa perkara.
>
> Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan
> pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan
> masing-masing.
>
> Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu
> saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.
>
> Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual
> -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh
> membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.
>
> Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin
> saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya.
> Beberapa Kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh
> tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham
> keadaanya ketika ini.
>
> "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
>
> "Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan
> lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.
>
> Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual
> banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah
> keriangannya
> Nampak jelas dalam kesamaran.. Memunculkan aura cinta yang menerangi
> bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan
> yang selama ini
> Saya pendamkan.
>
> "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari
> baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci
> meja
> hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.
>
> Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop
> kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang
> dengan cop
> surat syarikat tempat calon suaminya bekerja.. Apa ni. Saya melihatnya
> tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
>
> "Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,
> saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .........
>
> "Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan
> senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula
> membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas.
> Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini
> isi surat itu........
>
> ************ ********* ********* ********* ********* *********
> ********* ************ ********* ********* ********* *********
> ********* ********************* ********* *********
>
> Kepada Yth ........
>
> Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya
> dan calon kakak buat adik-adik saya
>
> Assalamu'alaikum Wr Wb
>
> Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat
> ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi
> saya
> mohon, bacalah dulu sampai selesai.
>
> Saya, yang bernama ............. ... menginginkan anda ............
> ..... Untuk menjadi isteri saya.. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya
> manusia biasa.
> Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah
> kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan
> berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan
> anak-anakku kelak.
>
> Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah
> kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap
> berusaha agar
> Isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
>
> Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa
> kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk
> menutupi
> kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia
> biasa.. Cinta saya juga biasa saja.
>
> Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk
> dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
>
> Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati.
> Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan
> berusaha sekuat
> tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
>
> Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya
> memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya
> semakin
> mantap memilih anda.
>
> Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya
> menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya
> tidak
> Berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi
> lebih baik dari sekarang ini.
>
> Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada
> saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah
> ridho
> Dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
>
> Wassalamu'alaikum Wr Wb
>
> ************ ********* ********* ********* ********* *********
> ********* ********* ********* *** ************ ********* *********
> ********* ********* ********* ********* *********
> Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali
> ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.
>
> Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan
> kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.
>
> Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
>
> "Kenapa kamu memilih dia......?"
>
> "Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar
> bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur
> hidupnya.
>
> Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan
> apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami
> kemudian hari.
> Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
>
> "Maksudnya?"
>
> "Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih
> ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust
> kalau
> Suatu masa nanti kami jadi miskin.
>
> "Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami
> belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.
>
> Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling
> berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
>
> "Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami
> kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami
> tadi
> masih terngiang terus ditelinga saya.
>
> "Gik.....?"
>
> "Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya
> ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk
> saya telah
> hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.
>
> Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika
> manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang
> mengatur
> Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan
> jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada
> seorang pun yang
> Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.
>
> Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi
> sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan
> mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.
>
> Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang
> ini/itu), ditanggalkan.
>
> Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan
> yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata.. Diniatkan
> untuk
> ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.
>
> Maka semua menjadi indah.
>
> Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
> yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu
> menyegerakan
> Sebuah pernikahan.
>
> Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan
> barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga
> ketenangan
> Dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?
>
> Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi
> hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
>
> Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam
> pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
>
> Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha
> menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
>
> Wallahu 'alam

No comments: