Assalamualaikum

Datangnya saya membawa harapan, Pulangnya saya membawa kejayaan...Insyaallah...

Thursday, October 28, 2010

Renungan Hati..

                                              
Hati….
Bertapa mulianya dirimu….
Engkau tidak pernah bosan untuk melayan karenah persoalan yang menziarahimu…
Yang jernih atau yang keruh, engkau tetap akan menelannnya…
Tak kira sepahit mana yang harus kau telan…
Kau tetap melayanku dengan sempurna sehingga ku tenang…

Hati…
Persoalan selalu menjenggukmu…
Persoalan selalu menjadi teman karibmu yang kerap hadir..
Engkau selalu tersenyum bila pertanyaan kegembiraan yang bertandang..
Engkau akan berduka bila pertanyaan kesedihan yang mengadu..
Engkau akan runsing bila persoalan yang tiada jawapan bertandang..

Hati…
Aku bersyukur kerana engkau sentiasa berada di dalam diriku…
Engkau selalu berhubung dengan akal untuk membentukku menjadi seorang insan yang mulia..
Pada mulanya engkau berseri, kadang-kadang akal yang meracuni mu…
Engkau cuba untuk menegur..tetapi akal tetap meguasainya…

Hati…
Maafkanlah daku yang tidak berdaya menjagamu dengan sempurna..
Engkau adalah kurniaan Allah yang paling mulia..
Tanpamu, aku tidak tahu kepada siapa hendak ku mengadu..
Tanpamu, aku tidak akan dapat merasa nikmat kasih sayang insan…
Tanpamu, aku tidak berdaya untuk merasa nikmatnya dunia…

Hati…
Engkau selalu berada disisiku…
Bila ku lemah, engkau tusukkan semangat…
Bila ku sedih, engkau tusukkan kebahgiaan..
Bila ku mengalirkan air mata, engkau membelaiku sehingga ku tenang..

Hati…
Engkau lah tempatku membentuk keperibadiannku…
Engkaulah yang mengajarku erti kesabaran, erti kasih-sayang, erti kedukaan dan erti kehidupan…
Maafkan aku sekiranya ku alpa untuk seketika…
Maafkan aku pabila ku tidak terkawal emosi..
Walau sebegitu, Engkaulah tempatku mengadu…

Hati….
Jagalah diriku….
Tiada yang mampu membalas jasamu melainkan dengan zikrullah…
Itulah satu-satunya hadiah yang paling istimewa untukmu..
Yang sentiasa ingin berhubung dengan PenciptaNya…
Menjadikan aku seorang insan yang tidak leka akan Tuhan yang maha Esa..
Jiwa dan ragaku bersemadi dalam dirimu…

No comments: